Monday, December 2, 2013

Kyuhyun ah...

Hai... lama tak kaco blog nie... busy smpi lupa tmpt rahsia... gonna update soon... tak janji bila tp.. akan.. skrg.. new life.. new passion... kyuhyun...little evil... just my sytle..

Friday, June 29, 2012

Ikhlas Ke Tidak Bukan Kerja Ko Nak Tentukan!!

Dear Syar, Lama tak membebel... tak sempat.. mengejar kejayaan dunia. Hari nie belanja kengkawan ofis mkn Brownies.. niat di hati ikhlas nak belanja diaorg yg byk membantu. Tapi yang tak best bila ada jugak yang suka bersangka buruk. Wei.. kalo taknak mkn tak payah mkn.. biar la... kononnya pandai sgt kenal hati budi org... Cemburu bila org lain naik pangkat.. tambah lagi ada pulak nasi tambah yang menyemarakkan lagi api neraka dalam hati tue. Dah engko yang pilih jalan susah tu. Bila Bos suruh bt keja tak nak tumpu perhatian. Asyik hisap rokok jer.. lantak ko la.. aku kira ko ada masalah dengan diri ko sendiri je la malas nak layan. Lantak ko la.. dah tua pun nak bt perangai mcm budak skolah.. takde masa nak layan perangai-perangai macam nie yang tak beri apa-apa faedah pun. Terima Kasih yang ucap terima kasih dan makan dengan ikhlas. Alhamdullillah.

Thursday, June 23, 2011

RAHSIA JANJINYA -2 (INSAN YG SGT DIRINDUI)



Dear syar,

FITRAH ALYAA BINTI RUSLE....masih lagi dalam ingatan ketika ayah tunjukkan padaku kertas yg bertulis nama itu khas untuk adikku yang baru lahir. Masa tue kena tulis mcm tue supaya pegawai di Jabatan Pendaftaran tak salah tulis nanti nama lain pulak. Dalam adik beradikku, dia putih, cantik, tinggi, jari halus dan runcing, kening tersusun.. cantik sgt.. Masa kecil dia sgt gebu... semua org suka dia, di peluk, di dukung dan sebagainya. Namun masa adik mula nak boleh berjalan, dia demam... panas sgt... masa tue kakak baru skolah rendah, masih kurang ilmu.. Ayah & Mama masa tue masih gaji kecik, kerja kuat + gila kerja,hari adik demam panas tak cuti, tinggalkan adik pada kakak, lolon, kak ina dgn paksu untuk jaga. Tok & Pak An kalo tak silap pi kebun... Adik tgh tido tp lain mcm ja... masa itu, kakak & Paksu tak tahu lgsg pasal penyakit sawan. kakak call mama & ayah suruh balik dan pi klinik.. rupanya adik kena sawan. Dalam satu hari, adik kena 8 kali sawan... sejak hari tue, kehidupan kita mula berbeza, sblm tue adik lincah, mula tidak aktif, adik tak cakap, tak kata apa2 pun.. Doktor cakap adik kena satu penyakit yg makin lama2 adik akan jd mcm baby balik.. namun ada miracle yg mana ada pesakit yg pulih tp peratusan sgt tipis..

Namun sejak dr itu, org pun dah mula tak kisah pun pasal Dikyah.. Kekadang kakak nampak kesedihan di mata Dikyah.tak boleh nak cerita dah... SEDIH SGT... BIARLAH HANYA TERPAHAT DI HATI. DIK.. MUNGKIN BETUL CKP KAWAN2 AKAK LEBIH BAIK ADIK DI SANA TAK PERLU TERASA SEDIH LAGI.. DIK.. KAKAK RINDU SGT ... TERKILAN SGT TAK DAPT JUMPA DI SAAT AKHIR.. KU MOHON SGT SEMOGA ADA REZEKI KU BERJUMPA DI SANA..ADIK ADA JANJI DGN PAK AN YEK????... HANYA DIKYAH DGN PAK AN JER YG TAHU.. PAK AN RINDU SGT... MOHON AMPUN!!!!

Monday, February 7, 2011

RAHSIA JANJINYA......-1

Dear syar,

Terasa agak berat dugaan yg digalas ini.Adakah kerana dosa-dosa ku.Sesungguhnya Ya Allah aku tak kuat menahan seksaanMu.Ya Allah, Kau tunjukkan hidayah padaku dan kuatkan iman dan semangatku untuk berubah.

Baru masuk keja 2 hari, pagi 6hb Dec 2010 mama call. Masih teringat lagi saat aku melihat jam kat handset pkl 4 pagi. Mama kata, kakak kena relaks sbb Pak An kena Strok. Mula2 terasa mcm mama tipu aku ja... tapi mama bkn bt gila mcm tue.. dia serius. Aku terus ckp yg aku nak balik. Dalam hati kuat kata, aku kena balik. Then, cousin aku yg keja nurse call nak ikut aku balik. so aku kena tggu dia pkl 8 baru bertolak dari KL.

Kali nie aku drive sdri, supaya tak nyesal lagi. Sampai sana, aku tak sanggup nak masuk tgk. Aku sayang gila kat Pak An.. aku tak sanggup nak tgk dia sakit. Bila Depa pindahkan dia kat Ward baru aku tgk.. Ya Allah, aku sampai berdoa ambik lah dia cepat, dia HakMU. sampai aku doakan adikku sayang, jemput la Pak An. Masa nie, semua anak2 dia ada. Pak An... depa balik... syar tahu Pak An banyak makan hati dgn depa, kalo syar ada salah dgn Pak An, syar mintak ampun. Mungkin depa tak paham, bkn harta benda yang Pak An nak tapi rasa diperlukan, rasa dihargai.. Dia penah kata, kalo takdak hari raya maka tak balik la.. kalo takdak raya haji maka... takdak cuti skolah.. sampai... bila rumah naik air pun takdak sapa yang balik jenguk pun.. lepas semua keluh kesah baru balik..

Bukan lah tak paham tapi mungkin masa tue tggl ayah,pakchaq dgn iman saja yg larat nak angkat barang letak tempat tinggi.Secara teknikalnya hanya iman saja memandangkan ayah & pakchaq sakit jantung. Paksu lak sangkut kat Changlun tak boleh balik.. sama jugak dgn nadiah&ajoi.Aku lak dah abis cuti. nak bt mcmmana baru 3 tahun keja cuti skit ja.Kekadang bt alasan utk sedapkan hati sendiri kata masing2 duduk jauh susah nak balik. satu hari dgr siaran HotFM bila sorng pendengar ckp dia balik alor staq rumah mak dia angkat barang kat tmn PKNK pasal mak dia takdak pi Mekah.. Semua alasan yg aku bagi terus punah & tak masuk akal.Knape org lain boleh, knape kita tak boleh?????

Dia kata tak payah.. ada ina sempat snap gambar tok dok menung.. tak sanggup nak citer...tapi tok lain.. kat depan kami betapa dia dok cakap sedih la dan lain2. tapi bila berdepan dengan anak2 apa yang diucap slalu bertukar. penah dia ngadu takut salah cakap, takut nanti tak balik pulak..

Aku bersyukur, Pak An sakit tak lama. Mungkinkah dia dgr di saat dia koma.. kalo la petang ahad tue aku call dia try handset baru yang makndak beli utk dia. rindu nak dgr suara dia.. sebenarnya aku rindu saat Pak An dok cakap dengan Dikyah.. Seakan Dikyah boleh balas cakap dia.

Pak An memang tak banyak cakap tapi bila dia dgn Dikyah lain.. bercerita ja... Tak penah pun depa tengok. Mungkin depa dua org berjanji.. kita tak tahu.. hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.Pkl 12 lebih Pak An Pulang Kepangkuan yang Hak.. lebih kurang seminggu lepas Dikyah pergi..aku redha. Pernah aku sampai mimpi depa berpegangan tangan senyum ja.. Semoga roh mereka insan yang aku sayang di cucuri rahmat. Ya Allah, bukalah pintu hati anak-anaknya. Hindarilah kami nie dari lupa mengejar harta akhirat sebagaimana yang ditanam oleh Pak An dalam jiwa kami dalam mengejar harta dunia.

Tuesday, January 18, 2011

HAPPY / BORED / SAD

Dear syar.... lama tak dgr citer kan.. busy dgn peristiwa hidup yang tiada ketentuan. Itu yang dinamakan kehidupan di dunia yang fana ini. Pelik kan... Kebesaran dan kebijaksaan Allah tak mampu jua minda ini berfikir. Dia cipta manusia mempunyai 3 benda yang saling bertaut antara satu dgn lain tetapi tetap mempunyai pandangan yang berbeza.. hati...otak...jiwa(naluri). Kadang kala kita jadi pening, bila hati kata lain, otak pikir lain, dan jiwa menyelami perkara lain.

Tahun 2010, mencatat kenangan yang tak mungkin dapat ku lupa bila kehilangan 2 insan yang paling aku sayang.. teramat sayang walaupun tak penah ku tunjukkan pada mereka. Rasa menyesal ada bila ku fikirkan kenapa aku tak tunjuk yang aku sayang pada mereka. FITRAH ALYAA... sejak dia lahir.. aku yang jaga, bila dia besar, aku belajar jauh dari kampung halaman so adik yang lain jaga dia, mama jaga, bibik pun jaga dia. Di antara cucu-cucu yang ada bagi Tok and Pak An , dia yang paling istimewa. Walaupun ada di antara sepupu yang ada kadang kala bt mcm geli atau takut dgn dia.. hatiku tetap terusik, rasa marah, rasa kecewa, nak tampar pun ada geram bila dia di pandang sebegitu. Tapi mama slalu cakap, biar la apa pun dia tetap ahli syurga, biar la depa nak bt apa pun kita terima, maafkan, minta dimaafkan dan lupakan. atau ayat biasa mama ckp "biarla, depa budak lagi".

Pada 1/11/2010, aku konvo kat UUM. Tak sempat ambik gambar pun sbb hujan lebat dan kami kalut nak balik sbb air dah naik.. Kedah banjir lagi.Masa tue Dikyah dah demam. tapi masih lagi dgr suara dia dan still lagi suka tgk tv..Slalunya sblm balik aku mesti ronda kat rumah sampai 2 3 kali then baru jalan balik KL. Tapi kali nie balik, rasa sgt sgt sgt malas nak balik KL. Sblm balik aku cium dia 2 kali.. tak sangka tue la kali terakhir aku dapat cium dia. Dalam 2 3 mggu bila call mama, mama ckp dia still demam. Aku dah mula risau tapi mama kata takpe, tak payah balik la tak serius. Then, 2 3 hari call mama... mama kata dikyah dah tak larat nak bangun, taknak makan, taknak minum. Hati risau sgt tapi mama kata jgn risau. Mungkin dia nak jaga sbb aku ada High Blood Pressure.. Stress perkara pertama mesti dielakkan serta ubat even panadol skali pun. Pesan Doktor means too bad already.

Malam 25hb Nov 2010, aku kerja lewat malam.. Masa balik mama call kata Dikyah masuk Wad. Aku dah plan nak balik, tapi mama kata takyah la. tak serius kot. Sebenarnya, aku dah beli pun tiket nak balik mlm Jumaat. Ayah pun dah beli tiket aku nak balik KL. Tapi kita hanya merancang, Penentunya Tetap Allah yang satu. Kat Office, mama call kata Dikyah baru lepas scan. Hati dia bengkak. nie serius.. aku dah mula rasa tak sabar nak balik.. Tak sampai sejam, Ina call kata Dikyah masuk ICU, dia kena sawan. Tgh ckp dgn ina tetiba maksu ambik handset ckp " Kakak balik, adik takdak harapan lagi". Ya Allah, kenapa manusia nie takde hati perut lgsg. Ko cakap elok2 takleh ker? nasib baik aku ok tenang.. takde sakit jantung. Aku abiskan keja, call BF aku then nak balik. Dalam lif, aku call ina tak jawab, aku call mama pun tak jawab, then aku call Ajoi, Ajoi ckp dlm nada yang agak sebak kata Dikyah dah pergi... kepadaMu Ya Allah. terasa sekejabnya Kau pinjamkan dia pada kami. Betapa Allah lebih sayangkan dia dari kami.

Sunday, September 26, 2010

KL tour

Pehhh..... nape malaysian taknak cuti2 dalam negara.. best la jugak stakat isi masa lapang..hari nie gi muzium... best gak tgk pameran ular.. hari tue nak gi tgk pameran keranda mama lak bt aku takut... jgn cari pasal katanya.... terus tak jadi gi..hari nie dapat tgk banyak jenis ular... gelinya... walaupun dalam tempat berkaca ak still takleh nak tekap muka tue kat kaca tue. eeee... ngeri... takleh ayang kalo terserempak kat mana2.. Ya Allah di jauhkanlah.

Pastu terus gi Menara kl.. mana la tau.. almost 10 years bermastautin kat KL tapi tak gi pun.. nie first time gi sana.. at least kalo ayah mintak bawa tak la den perak ulu.. bt malu ja kalo taktau..

at least jalan2 nie menghilangkan tension keja kat ofis.. tahu keja aku tue banyak proses dan remeh plak.. start pun lepas ofis hour and potensi untuk balik lambat mmg tinggi. tue la masalahnya.. tak semua nak adi buddy aku.. ye la .. bila aku nak cuti.. bos yang nak kena ganti aku b proses tue.. so kesimpulannya bila akunak cuti ja muka dia dari macam model terus jadi mcm drakula...

Kekadang bila time tgh drive nak balik rumah terpikir ja.. sampai bila la nak jadi lagu nie.. dok balik keja lambat.. la nie ada bf pun last2 bf kena kebas dgn org lain sbb masa lebih pada tempat keja. susah nak cari org yang btul2 paham and setia..
tapi kot ye pun sampai bila nak keja kuat mcm nie.. org kalo bleh nak work smart not work hard.

yang bt aku lagi sedih.. pendapatan wpu balik lewat tapi masih rendah berbanding adik aku yang keja balik pkl 5.30 atau paling lambat pkl 6. aku time tue baru nak mula keja.. tak tau la sampai bila nak tahan... apa pun aku mmg ada plan nak cari keja yang lebih skit salary dia.

Saturday, April 10, 2010

KENAPA??????????

HARI NIE BERMULA DGN HAPPY SEKALI.... DAH PLAN HAMPIR SMGGU NAK PI MAIN BOWLING KAT WANGSA MAJU... DIA PUN AKAN PERGI SEKALI... TPI LAST-LAST AKU PI SORANG JGK... TAPI AKU OK LAGI SBB DIA KEJA...AK CAKAP LEPAS KEJA MAI LA PAS AKU MAIN BLEH LA MAKAN LAGI PUN KAMI TAK PENAH LEPAK KAT SITU...TAPI LEPAS AKU ABIS MAIN,PKL 7.15 MLM, AKU TEPON DIA TAK JAWAB... AKU TEPON BANYAK KALI.... PASTUE AKU PI MAKAN DGN MEMBER AKU.. DALAM PKL 8.30MLM AKU CALL LAGI... PUN SAMA.. TAK JAWAB JUGAK.. BANYAK KALI TEPON SEPANJANG JALAN AKU NAK BALIK, AKU TEPON DIA.. LAST SKALI AKU DECIDE PI TGK KAT TEMPAT SNOOKER.. HAMPIR SAMPAI... BILA AKU CALL DIA JAWAB... DIA KATA NANTI DIA SAMPAI.. AKU KATA AKU KT TEMPAT SNOOKER DIA.. DIA MACAM TERKEJUT.. BILA AKU SAMPAI DIA DAH NAK BALIK... YANG BT AKU TAK SRONOK... DAH LA TAK JAWAB CALL AKU... BILA AKU TGK BIL ACCOUNT DALAM KETA ADA RESIT BANK.. YANG AKU RASA LAIN MACAM IALAH NAMA YANG SAMA DGN RESIT BANK YANG PENAH AKU JUMPA..SIAPA POMPUAN NIE DGN DIA???? KENAPA ASYIK NAMA DIA JA...NAPE MESTI BANK IN DUIT KAT DIA... SEDANGKAN HUTANG AKU PUN DIA TAK BAYAR... TAPI BANK IN DUIT KAT ORG LAIN... SIAPA POMPUAN TUE DGN DIA????

SEMAKIN HARI, SEMAKIN AKU HLANG KEPERCAYAAN KAT DIA... SEMAKIN HARI, SEMAKIN AKU RASA BOSAN DGN SITUASI DAN APA YANG AKU RASA... AKU DAH MULA BOSAN DAN MULA NAK MELANGKAH LEBIH JAUH... AKU DAH MULA RASA TIADA MASA LAGI NAK TGGU DIA... AKU DAH MULA MALAS NAK LAYAN PERANGAI DIA... AKU DAH MULA JEMU DGN ALASAN-ALASAN DIA... AKU DAH JEMU!!!!!

DULU AKU SUKA NAK TLG DIA...SKRG AKU DAH MULA RASA TAK BERBALOI NAK TOLONG..WALAUPUN DIA KATA DIA SAYANG AKU TAPI AKU TAK PENAH RASA MCM TUE.. AKU SENTIASA CURIGA DGN DIA... BANYAK LELAKI YANG AKU JUMPA BANYAK YANG TAK IKHLAS..

AKU TAK MUNGKIN AKAN PENAH PERCAYA PADA JANJI LELAKI... WALAU SIAPA PUN DIA..

Saturday, December 12, 2009

Hari-hari di Bulan Dec 2009


haiii..... lamanya tak update blog... sori la... tetiba rasa mcm malas plak.. hari nie best dapat pegi Nilai 3... ala-ala mcm Padang Besar la... best... ingat nak cari perkakas toilet.. tgh cari rumah sewa baru... hope rumah baru ingat nak hias la skit jadi mcm rumah... slalunya mcm rumah tumpangan ja walaupun jarang kat rumah... pagi2 kuar gi keja... malam baru balik.. tu pun kekadang terus tidur... bestnya kalo duit banyak dapat beli rumah sendiri.

blajar plak.... dah semester akhir... sem nie la plak ada lecturer yang tak paham pelajar plk.. sbb apa slalu ada org pilih bt plk dari sepenuh masa sbb timetable yang tak pasti.. masing-masing terpaksa masukkan slot blajar... timetable blajar dah di tetapkan so student senang nak schedule baik time diaorang. tapi ada lak lecturer yang sesuka-suka hati dia nak bt kelas.. tak terpikir ke dia kat student yang luar dari kl. heran sggh..

skrg dah jarang gi berenang... berat pun makin naik.. risau plak... bila dapat pegi lupa plak tak pandai berenang.. tapi best.. hehe

Wednesday, October 21, 2009

hai... lama tak update blog.... tak sempat la... busy kerja... busy attend course.... busy attend rmh terbuka... sampai tak payah masak kat rumah... and yang paling rajin busy layan perasaan.. hehe.. nak bt assgment pun malas... tapi memandangkan dah last semester... kena rajin skit... dah letih blajar.. nak grad cepat tapi mesti berkualiti gak...

mama and ayah tetiba lepas raya pasang air-cond kat rmh... slalunya kalo bagi idea selalu kata membazir la.. kena berjimat la... Blajar hidup susah la... Alhamdullilah terbuka skit pintu hati tue nak hidup senang.. bukan apa, diaorg layak utk senang dengan segala pengorbanan yang dah diaorg bt. Skrg giliran kami anak2 plak senangkan mama and ayah.

dalam kesenangan yang kitaorg kecapi ada gak kerisauan di hati.. sapa yang tak risau dgn kesihatan ayah tak brapa memuaskan... 4 spring yang masuk tahun lepas dah mula nak bt hal... tue la.. masa muda asyik rokok sgt.. sakit jantung nie salah satu penyakit yang susah gila nak control.. skrg nie kalo dia kelam kabut ja mula la muka merah... tak bleh bising... dulu lagu kumpulan iklim tue... yang penyanyi dia Salim tue, ayah suka gila lagu tue.. hari2 dgr. skrg tak dgr lagu langsung.. asal bunyi skit dia dah kata bising.. sensitif gila telinga dia skrg.. skrg kalo lambat gi masjid kelam kabut naik tangga masjid pun dia sesak dada.. dulu masa makteh ada, mama yang paling kelam kabut.. mana taknya, nak kena masak 2 jenis menu.. satu untuk orang yang takleh makan sayur hijau, iaitu ayah... sbb nak elakkan darah dia jadi pekat... makteh plak kena makan sayur hijau sbb darah dia cair.. tapi kena control supaya tak luka atau apa2 la lagi susah sbb kalo terluka darah takleh berhenti. Iman yang paling lawak.. fahaman dia ayah kalo luka darah tak kuar , makteh lak kalo luka asyik darah ja... Org slalu usik dia asyik tanya pasal dia pasal tue.. nanti bila dia jawab dengan gaya, siap kening2 terangkat... lawak gila.

pasal iman nie... dulu kecik2 cute.. skrg pun cute gak tapi bukan pada kitaorg kakak2 dia... pada org lain... siap call mama dgn ayah tue.. kata iman nie hensem la.. baik.. suka tlg org tua.. mula2 mama dgn ayah panik gak anak pompuan sapa nie berani dok tepon depa... budak2 zaman sekarang nie... dah lower level 'malu' depa. msg kat hp lgi la sampai ayah beli no baru kat iman... aku plak yang malu kat dia. ada gak pompuan perangai mcm tue.. budak lagi tue... ntah la..

Wednesday, October 14, 2009

BENCINYA!!!!!!!!! Kalo dah main snooker tak ingat... dah sejam dok tunggu kat ofis dia tak gak sampai2... aku bt mcm hari tue balik sendiri baru tau... pastue cari mcm org gila aku pi mana... perangai mcm sial. kekadang aku kata gak gak kalo rasa2 dapat segala2 dengan main snooker tue... silakan... aku blah dulu sbbnya takdak masa nak tggu hidup org yang dok kat table tue maju.. kalo jadi professional tak kisah... ini menghabiskan duit ja. bodoh btul. skrg nie rasa2 dagh boleh agak kalo aku blah ja.. hidup dia confirm tak tentu hala.. Kekadang tue ckp bangga gila... boleh dapat apa saja, last- last aku yang lebih banyak dapat beli dari dia.... smalam dah mula hilang sabar. kalo ckp " don't hold me back from everything from today"... start hari nie apa yang aku rasa aku nak beli jgn halang aku and kalo dia takdak duit, jgn ajak aku skali hidup mcm org takdak duit. mmg la dia tak penah mintak or pinjam duit aku, selama nie tak penah guna pun tapi bila nak bt something and buy something pun terpaksa simpan sbb dia takdak. start hari nie kalo dia nak jimat, jimat sorang. bayangkan nak seluar jeans pun tak bagi sbb nanti duit bleh guna untuk benda lain. tapi tgk family dia belanja sesuka hati.. sapa tak angin. bskn tak dapat apa yang aku nak.... siap.... maybe sampai masa untuk aku pulak bertindak.

Thursday, September 10, 2009

Cuti RAYA!!!!

Alhamdullillah... dapat gak cuti hari jumaat nanti.. kalo tak dapat kena balik drive sorang-sorang balik Alor staq... tak bestnya. makndak dgn makteh semua balik jumaat pagi. so dah dapat cuti bleh la konvoi balik kg. bestnya... tue pun lepas trima semua bising2.... cakap2 belakang .... dan dll. department byk sgt org melayu yang suka sgt amalkan attitude melayu yang tipikal.. well... tahu ja la... mcm mana... kekadang asyik pikir diri sendiri ja yang btul.. org lain semua salah. tak asyik dok mengata org.. kena ingat ada org yang akan mengata kita..
Leceh btul kalo ada yang perangai mcm tue... ada sorg tue.. dah tua2 dok bt perangai mcm budak kecik. dok sibuk org lain cuti lebih dari dia.. "yang hg tak ambik cuti byk sapa suruh, nasib la. toksah la dok dengki org lain cuti byk.". slalu kalo ada org lain dalanm dept mc, dok sibok mengata mc tipu la tue.. amboi kata org, awat mc dia saja yang btul.. org lain semua demam buat2. takpala dah nak dekat raya nie... ku mohon ampun kalo terkasar bahasa dan di ampunkan segala yang terasa. selebihnya mampus pi kat hang la.

Thursday, September 3, 2009

Kesian dia...

Nape la skrg nie.. dalam 2 bulan nie mcm2 jadi... cian syg.. asyik kena tipu ja.. bt keja last2 org tak bayar.. nak marah pun tak guna.. cian bila tgk asyik letih ja. baru dapat duit skit kena tipu lak beli handphone yang rosak.. dugaan syg untuk bulan posa nie. kekadang marah juga bila org tegur taknak dgr. skrg nak mengeluh takut la tue.. takut org marah. bila kena tipu baru nak nyesal. selalu mcm tue. Dalam kepala otak nie nak marah sgt sbb tak nak dgr ckp org.. bila org ckp semua ya... ya... ya... tapi semua ya... takdak titik. tapi sbb syg susah nak marah, sian plak tgk. apa-apa pun padan muka. hehe

Tuesday, August 25, 2009

Hadoiiiii.... perut nie bt hal lagi... dah makan ubat pun tak jalan jugak... tapi alhamdullilah.. imam akak kuat lagi... mcm nak jerit dah.. 3 kali muntah dah tapi still posa lagi. semoga Allah kuatkan semangat hadapi dugaan kesihatan nie. hello mummy qiss dok bt apa? busy gila ker? kaemy jgn sedih2.. akak kaemy mesti nak tgk keluarga dia happy.. secara positif kita pikir la dia dah selesaikan tugas dia sebagai khalifah Allah.. Allah sayang dia lebih dari kita sayang dia.. mesti dia nak kita pulak tumpukan pada tanggungjawab kita pulak.. yang penting kaemy and family kena sentiasa kirim kan doa pada dia. sentiasa pastikan anak-anak dia happy dan bahagia.

yeye hari nie balik kg.. chek nak balik aloq staq... bleh la bukak posa dgn family. tok dgn pak an dok bt apa la skrg nie.. time nie kalo time sekolah rendah masih kat tempat ngaji quran.. chek dulu jadi anak murid favourite Pak Basir. Konon2 dulu pemalu. sekarang pun pemalu lagi. hehe Tapi isteri dia Mak Ah tak suka kat chek sbb Pak Basir suka sebelahkan chek kalo dia marah... Kekadang depa siap gaduh lagi padahal hal kecik ja. Chek la punya keja. hehe Pkl 5 balik rumah tok dok tgk drama.. masa tue glamour drama Rumah Kedai.. tak penah miss satu pun.. Pak suka tido lepas zohor then dia akan bangun sebelum asar.. bila dia nampak kitaorg dok terbeliak biji mata tgk drama tue mula la dia berleter.. " hari-hari crita sama ja dok tgk. tak jemu ka..." dan mcm biasa tok akan jawab... " bagus dari dia dok tido ja.." hehe.. tok dgn pak an nie mmg pasangan yang romantis... ek.. romantis ka... kira romantis la.. bahasa panggilan depa 'dia' dgn 'kami" hehe lawak bila dgr.. sampai sekarang cucu dah 39 orang... cicit 5 bakal datang lagi 2 insyallah.. diaorg still sama ja.. pi mana berdua.

Monday, August 24, 2009


FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
(Sengaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beiiman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malarnmalam
yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.
Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala seumpama pahala orangorang
yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di
Baitul Makmur serta setiap batu dan
tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan
tarawih malam itu.
Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala
orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga.
Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat
seksa kubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat
di akhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji
yang mabrur.
Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat
Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Hari ini adalah hari ke-3 posa. sakitnya perut tapi tahan gak... hari pertama perut kembung sampai takleh pakai seluar langsung.. satu hari pakai kain batik ja.. teruknya kalo ada gastrik nie... setakat 3 hari nie, hari-hari makan ubat. takut rugi posa kalo perut bt perangai. Kat ofis pun kerja tak banyak.. kan best kalo hari-hari mcm nie.. hehe.. alamatnya takyah keja la kalo asyik nak senang ja kan.

Thursday, August 20, 2009

nasib baik la bulan lepas dapat bt OT lebih. tetiba banyak lak belanja. ada org tolong pun last-last kita yang kena tlg dia. leceh btul. dah beli tiket nak balik kampung merdeka day... terus tiap2 hari kena makan nasi goreng sendiri la sampai gaji nanti. kalo tiket pegi balik sorang gagah lagi baru rm80 ja.. nie skali dgn adik, malas nak minta dgn parents. so kos tiket ja rm160. takpalah.. susah-susah sekarang... senang-senang kemudian.

mama tak abis-abis nak suruh try kerja kat alor setar tapi ada somebody kat sini yang bt sya susah nak tinggal.. tank hensem pun. baik sgt pun tak tapi kekadang attitude dia senangkan hati. best yer kalo takde halangan. what to do? just ikut ja flow takdir. Allah yang menentukan. kalo dah jodoh dgn dia tak bleh lari lagi.

hari nie dapat anak sedara lagi... baby girl. kali nie cousin sya (AYONG) suruh anak dia panggil sya mummy.. eh.. sama la dgn kaemy, yang beza sya anak sedara ja..kaemy doakan sya cepat-cepat kawin.. hehe gatal lak nak kawin.

Dalam happy-happy dia dapat baby, tetapi sedih bila ayong cakap best kan kalo mak ada. dia bleh berpantang dok dgn mak dia. skrg dia dok dgn mak mertua dia. mak dia sya panggil makteh. sya mmg rapat dgn dia sbb makteh lambat dapat baby(AYONG), so sya mcm anak dia. bila ada ayong, sya mcm anak sulung dia. Makteh slalu ckp dgn kawan-kawan dia, dia ada 2 org anak. Yang paling sya rindu ialah sokongan dia.. apa skali pun yang sya bt dia mesti sokong. dia slalu bagi dorongan.. yang tak bleh buat, terus ada semangat bleh buat juga sampai berjaya. rindunya.. kekadang balik rumah opah, mcm terbayang-bayang dia tengah baca novel kat sofa. kekadang terdengar dia panggil "dik syar".... rindunya .. semoga dia berada bersama-sama orang yang beriman...

Wednesday, August 19, 2009

bosannya..... hari-hari letih ja..... tido pun mcm tak cukup... mggu nie dah try posa.... susah la ada gastrik nie... 1st week mesti seksa nak posa... so start awal ajar perut dulu kalo tak mesti rugi posa.... tak larat nak bayar ooooo..... takut nanti datang perangai set.... malas bayar posa sudahhhhh.... taknak nyesal di hari tua... hehe skrg muda lagi....

member baik org tue.... asyik gi kursus ja.... nak naik pangkat kot.... kiss baby qis for me...

Monday, August 10, 2009

now, teringin sgt nak main the sim city, main farm ton dalam facebook tak puas.... sim city lagi best tai nak beli original mahal la...
bestnya dah lepas exam..... tapi takut plak result teruk...

Tuesday, June 23, 2009

Kawan...kawan....

Kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...
Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...
Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...
Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...
Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...
Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...
Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...
Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...
Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...
Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...
Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...
Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

Monday, June 22, 2009


Alhamdullilah dapat mc!!! badan dah letih sangat sampai terketar2... nak cuti payah la... munjung la mulut sesapa kat ofis tue... nasib la... don't die for the company...

Saturday, June 20, 2009

TENSION GILER!!!!!

Ada classmate pemalas... banggang btul... dah la pemalas tau gemukkan diri jer... tau shopping tak kira masa.