Tuesday, January 18, 2011

HAPPY / BORED / SAD

Dear syar.... lama tak dgr citer kan.. busy dgn peristiwa hidup yang tiada ketentuan. Itu yang dinamakan kehidupan di dunia yang fana ini. Pelik kan... Kebesaran dan kebijaksaan Allah tak mampu jua minda ini berfikir. Dia cipta manusia mempunyai 3 benda yang saling bertaut antara satu dgn lain tetapi tetap mempunyai pandangan yang berbeza.. hati...otak...jiwa(naluri). Kadang kala kita jadi pening, bila hati kata lain, otak pikir lain, dan jiwa menyelami perkara lain.

Tahun 2010, mencatat kenangan yang tak mungkin dapat ku lupa bila kehilangan 2 insan yang paling aku sayang.. teramat sayang walaupun tak penah ku tunjukkan pada mereka. Rasa menyesal ada bila ku fikirkan kenapa aku tak tunjuk yang aku sayang pada mereka. FITRAH ALYAA... sejak dia lahir.. aku yang jaga, bila dia besar, aku belajar jauh dari kampung halaman so adik yang lain jaga dia, mama jaga, bibik pun jaga dia. Di antara cucu-cucu yang ada bagi Tok and Pak An , dia yang paling istimewa. Walaupun ada di antara sepupu yang ada kadang kala bt mcm geli atau takut dgn dia.. hatiku tetap terusik, rasa marah, rasa kecewa, nak tampar pun ada geram bila dia di pandang sebegitu. Tapi mama slalu cakap, biar la apa pun dia tetap ahli syurga, biar la depa nak bt apa pun kita terima, maafkan, minta dimaafkan dan lupakan. atau ayat biasa mama ckp "biarla, depa budak lagi".

Pada 1/11/2010, aku konvo kat UUM. Tak sempat ambik gambar pun sbb hujan lebat dan kami kalut nak balik sbb air dah naik.. Kedah banjir lagi.Masa tue Dikyah dah demam. tapi masih lagi dgr suara dia dan still lagi suka tgk tv..Slalunya sblm balik aku mesti ronda kat rumah sampai 2 3 kali then baru jalan balik KL. Tapi kali nie balik, rasa sgt sgt sgt malas nak balik KL. Sblm balik aku cium dia 2 kali.. tak sangka tue la kali terakhir aku dapat cium dia. Dalam 2 3 mggu bila call mama, mama ckp dia still demam. Aku dah mula risau tapi mama kata takpe, tak payah balik la tak serius. Then, 2 3 hari call mama... mama kata dikyah dah tak larat nak bangun, taknak makan, taknak minum. Hati risau sgt tapi mama kata jgn risau. Mungkin dia nak jaga sbb aku ada High Blood Pressure.. Stress perkara pertama mesti dielakkan serta ubat even panadol skali pun. Pesan Doktor means too bad already.

Malam 25hb Nov 2010, aku kerja lewat malam.. Masa balik mama call kata Dikyah masuk Wad. Aku dah plan nak balik, tapi mama kata takyah la. tak serius kot. Sebenarnya, aku dah beli pun tiket nak balik mlm Jumaat. Ayah pun dah beli tiket aku nak balik KL. Tapi kita hanya merancang, Penentunya Tetap Allah yang satu. Kat Office, mama call kata Dikyah baru lepas scan. Hati dia bengkak. nie serius.. aku dah mula rasa tak sabar nak balik.. Tak sampai sejam, Ina call kata Dikyah masuk ICU, dia kena sawan. Tgh ckp dgn ina tetiba maksu ambik handset ckp " Kakak balik, adik takdak harapan lagi". Ya Allah, kenapa manusia nie takde hati perut lgsg. Ko cakap elok2 takleh ker? nasib baik aku ok tenang.. takde sakit jantung. Aku abiskan keja, call BF aku then nak balik. Dalam lif, aku call ina tak jawab, aku call mama pun tak jawab, then aku call Ajoi, Ajoi ckp dlm nada yang agak sebak kata Dikyah dah pergi... kepadaMu Ya Allah. terasa sekejabnya Kau pinjamkan dia pada kami. Betapa Allah lebih sayangkan dia dari kami.