Tuesday, August 25, 2009

Hadoiiiii.... perut nie bt hal lagi... dah makan ubat pun tak jalan jugak... tapi alhamdullilah.. imam akak kuat lagi... mcm nak jerit dah.. 3 kali muntah dah tapi still posa lagi. semoga Allah kuatkan semangat hadapi dugaan kesihatan nie. hello mummy qiss dok bt apa? busy gila ker? kaemy jgn sedih2.. akak kaemy mesti nak tgk keluarga dia happy.. secara positif kita pikir la dia dah selesaikan tugas dia sebagai khalifah Allah.. Allah sayang dia lebih dari kita sayang dia.. mesti dia nak kita pulak tumpukan pada tanggungjawab kita pulak.. yang penting kaemy and family kena sentiasa kirim kan doa pada dia. sentiasa pastikan anak-anak dia happy dan bahagia.

yeye hari nie balik kg.. chek nak balik aloq staq... bleh la bukak posa dgn family. tok dgn pak an dok bt apa la skrg nie.. time nie kalo time sekolah rendah masih kat tempat ngaji quran.. chek dulu jadi anak murid favourite Pak Basir. Konon2 dulu pemalu. sekarang pun pemalu lagi. hehe Tapi isteri dia Mak Ah tak suka kat chek sbb Pak Basir suka sebelahkan chek kalo dia marah... Kekadang depa siap gaduh lagi padahal hal kecik ja. Chek la punya keja. hehe Pkl 5 balik rumah tok dok tgk drama.. masa tue glamour drama Rumah Kedai.. tak penah miss satu pun.. Pak suka tido lepas zohor then dia akan bangun sebelum asar.. bila dia nampak kitaorg dok terbeliak biji mata tgk drama tue mula la dia berleter.. " hari-hari crita sama ja dok tgk. tak jemu ka..." dan mcm biasa tok akan jawab... " bagus dari dia dok tido ja.." hehe.. tok dgn pak an nie mmg pasangan yang romantis... ek.. romantis ka... kira romantis la.. bahasa panggilan depa 'dia' dgn 'kami" hehe lawak bila dgr.. sampai sekarang cucu dah 39 orang... cicit 5 bakal datang lagi 2 insyallah.. diaorg still sama ja.. pi mana berdua.

Monday, August 24, 2009


FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
(Sengaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beiiman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malarnmalam
yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.
Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala seumpama pahala orangorang
yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di
Baitul Makmur serta setiap batu dan
tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan
tarawih malam itu.
Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala
orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga.
Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat
seksa kubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat
di akhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji
yang mabrur.
Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat
Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Hari ini adalah hari ke-3 posa. sakitnya perut tapi tahan gak... hari pertama perut kembung sampai takleh pakai seluar langsung.. satu hari pakai kain batik ja.. teruknya kalo ada gastrik nie... setakat 3 hari nie, hari-hari makan ubat. takut rugi posa kalo perut bt perangai. Kat ofis pun kerja tak banyak.. kan best kalo hari-hari mcm nie.. hehe.. alamatnya takyah keja la kalo asyik nak senang ja kan.

Thursday, August 20, 2009

nasib baik la bulan lepas dapat bt OT lebih. tetiba banyak lak belanja. ada org tolong pun last-last kita yang kena tlg dia. leceh btul. dah beli tiket nak balik kampung merdeka day... terus tiap2 hari kena makan nasi goreng sendiri la sampai gaji nanti. kalo tiket pegi balik sorang gagah lagi baru rm80 ja.. nie skali dgn adik, malas nak minta dgn parents. so kos tiket ja rm160. takpalah.. susah-susah sekarang... senang-senang kemudian.

mama tak abis-abis nak suruh try kerja kat alor setar tapi ada somebody kat sini yang bt sya susah nak tinggal.. tank hensem pun. baik sgt pun tak tapi kekadang attitude dia senangkan hati. best yer kalo takde halangan. what to do? just ikut ja flow takdir. Allah yang menentukan. kalo dah jodoh dgn dia tak bleh lari lagi.

hari nie dapat anak sedara lagi... baby girl. kali nie cousin sya (AYONG) suruh anak dia panggil sya mummy.. eh.. sama la dgn kaemy, yang beza sya anak sedara ja..kaemy doakan sya cepat-cepat kawin.. hehe gatal lak nak kawin.

Dalam happy-happy dia dapat baby, tetapi sedih bila ayong cakap best kan kalo mak ada. dia bleh berpantang dok dgn mak dia. skrg dia dok dgn mak mertua dia. mak dia sya panggil makteh. sya mmg rapat dgn dia sbb makteh lambat dapat baby(AYONG), so sya mcm anak dia. bila ada ayong, sya mcm anak sulung dia. Makteh slalu ckp dgn kawan-kawan dia, dia ada 2 org anak. Yang paling sya rindu ialah sokongan dia.. apa skali pun yang sya bt dia mesti sokong. dia slalu bagi dorongan.. yang tak bleh buat, terus ada semangat bleh buat juga sampai berjaya. rindunya.. kekadang balik rumah opah, mcm terbayang-bayang dia tengah baca novel kat sofa. kekadang terdengar dia panggil "dik syar".... rindunya .. semoga dia berada bersama-sama orang yang beriman...

Wednesday, August 19, 2009

bosannya..... hari-hari letih ja..... tido pun mcm tak cukup... mggu nie dah try posa.... susah la ada gastrik nie... 1st week mesti seksa nak posa... so start awal ajar perut dulu kalo tak mesti rugi posa.... tak larat nak bayar ooooo..... takut nanti datang perangai set.... malas bayar posa sudahhhhh.... taknak nyesal di hari tua... hehe skrg muda lagi....

member baik org tue.... asyik gi kursus ja.... nak naik pangkat kot.... kiss baby qis for me...

Monday, August 10, 2009

now, teringin sgt nak main the sim city, main farm ton dalam facebook tak puas.... sim city lagi best tai nak beli original mahal la...
bestnya dah lepas exam..... tapi takut plak result teruk...