Thursday, June 23, 2011

RAHSIA JANJINYA -2 (INSAN YG SGT DIRINDUI)



Dear syar,

FITRAH ALYAA BINTI RUSLE....masih lagi dalam ingatan ketika ayah tunjukkan padaku kertas yg bertulis nama itu khas untuk adikku yang baru lahir. Masa tue kena tulis mcm tue supaya pegawai di Jabatan Pendaftaran tak salah tulis nanti nama lain pulak. Dalam adik beradikku, dia putih, cantik, tinggi, jari halus dan runcing, kening tersusun.. cantik sgt.. Masa kecil dia sgt gebu... semua org suka dia, di peluk, di dukung dan sebagainya. Namun masa adik mula nak boleh berjalan, dia demam... panas sgt... masa tue kakak baru skolah rendah, masih kurang ilmu.. Ayah & Mama masa tue masih gaji kecik, kerja kuat + gila kerja,hari adik demam panas tak cuti, tinggalkan adik pada kakak, lolon, kak ina dgn paksu untuk jaga. Tok & Pak An kalo tak silap pi kebun... Adik tgh tido tp lain mcm ja... masa itu, kakak & Paksu tak tahu lgsg pasal penyakit sawan. kakak call mama & ayah suruh balik dan pi klinik.. rupanya adik kena sawan. Dalam satu hari, adik kena 8 kali sawan... sejak hari tue, kehidupan kita mula berbeza, sblm tue adik lincah, mula tidak aktif, adik tak cakap, tak kata apa2 pun.. Doktor cakap adik kena satu penyakit yg makin lama2 adik akan jd mcm baby balik.. namun ada miracle yg mana ada pesakit yg pulih tp peratusan sgt tipis..

Namun sejak dr itu, org pun dah mula tak kisah pun pasal Dikyah.. Kekadang kakak nampak kesedihan di mata Dikyah.tak boleh nak cerita dah... SEDIH SGT... BIARLAH HANYA TERPAHAT DI HATI. DIK.. MUNGKIN BETUL CKP KAWAN2 AKAK LEBIH BAIK ADIK DI SANA TAK PERLU TERASA SEDIH LAGI.. DIK.. KAKAK RINDU SGT ... TERKILAN SGT TAK DAPT JUMPA DI SAAT AKHIR.. KU MOHON SGT SEMOGA ADA REZEKI KU BERJUMPA DI SANA..ADIK ADA JANJI DGN PAK AN YEK????... HANYA DIKYAH DGN PAK AN JER YG TAHU.. PAK AN RINDU SGT... MOHON AMPUN!!!!

Monday, February 7, 2011

RAHSIA JANJINYA......-1

Dear syar,

Terasa agak berat dugaan yg digalas ini.Adakah kerana dosa-dosa ku.Sesungguhnya Ya Allah aku tak kuat menahan seksaanMu.Ya Allah, Kau tunjukkan hidayah padaku dan kuatkan iman dan semangatku untuk berubah.

Baru masuk keja 2 hari, pagi 6hb Dec 2010 mama call. Masih teringat lagi saat aku melihat jam kat handset pkl 4 pagi. Mama kata, kakak kena relaks sbb Pak An kena Strok. Mula2 terasa mcm mama tipu aku ja... tapi mama bkn bt gila mcm tue.. dia serius. Aku terus ckp yg aku nak balik. Dalam hati kuat kata, aku kena balik. Then, cousin aku yg keja nurse call nak ikut aku balik. so aku kena tggu dia pkl 8 baru bertolak dari KL.

Kali nie aku drive sdri, supaya tak nyesal lagi. Sampai sana, aku tak sanggup nak masuk tgk. Aku sayang gila kat Pak An.. aku tak sanggup nak tgk dia sakit. Bila Depa pindahkan dia kat Ward baru aku tgk.. Ya Allah, aku sampai berdoa ambik lah dia cepat, dia HakMU. sampai aku doakan adikku sayang, jemput la Pak An. Masa nie, semua anak2 dia ada. Pak An... depa balik... syar tahu Pak An banyak makan hati dgn depa, kalo syar ada salah dgn Pak An, syar mintak ampun. Mungkin depa tak paham, bkn harta benda yang Pak An nak tapi rasa diperlukan, rasa dihargai.. Dia penah kata, kalo takdak hari raya maka tak balik la.. kalo takdak raya haji maka... takdak cuti skolah.. sampai... bila rumah naik air pun takdak sapa yang balik jenguk pun.. lepas semua keluh kesah baru balik..

Bukan lah tak paham tapi mungkin masa tue tggl ayah,pakchaq dgn iman saja yg larat nak angkat barang letak tempat tinggi.Secara teknikalnya hanya iman saja memandangkan ayah & pakchaq sakit jantung. Paksu lak sangkut kat Changlun tak boleh balik.. sama jugak dgn nadiah&ajoi.Aku lak dah abis cuti. nak bt mcmmana baru 3 tahun keja cuti skit ja.Kekadang bt alasan utk sedapkan hati sendiri kata masing2 duduk jauh susah nak balik. satu hari dgr siaran HotFM bila sorng pendengar ckp dia balik alor staq rumah mak dia angkat barang kat tmn PKNK pasal mak dia takdak pi Mekah.. Semua alasan yg aku bagi terus punah & tak masuk akal.Knape org lain boleh, knape kita tak boleh?????

Dia kata tak payah.. ada ina sempat snap gambar tok dok menung.. tak sanggup nak citer...tapi tok lain.. kat depan kami betapa dia dok cakap sedih la dan lain2. tapi bila berdepan dengan anak2 apa yang diucap slalu bertukar. penah dia ngadu takut salah cakap, takut nanti tak balik pulak..

Aku bersyukur, Pak An sakit tak lama. Mungkinkah dia dgr di saat dia koma.. kalo la petang ahad tue aku call dia try handset baru yang makndak beli utk dia. rindu nak dgr suara dia.. sebenarnya aku rindu saat Pak An dok cakap dengan Dikyah.. Seakan Dikyah boleh balas cakap dia.

Pak An memang tak banyak cakap tapi bila dia dgn Dikyah lain.. bercerita ja... Tak penah pun depa tengok. Mungkin depa dua org berjanji.. kita tak tahu.. hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.Pkl 12 lebih Pak An Pulang Kepangkuan yang Hak.. lebih kurang seminggu lepas Dikyah pergi..aku redha. Pernah aku sampai mimpi depa berpegangan tangan senyum ja.. Semoga roh mereka insan yang aku sayang di cucuri rahmat. Ya Allah, bukalah pintu hati anak-anaknya. Hindarilah kami nie dari lupa mengejar harta akhirat sebagaimana yang ditanam oleh Pak An dalam jiwa kami dalam mengejar harta dunia.

Tuesday, January 18, 2011

HAPPY / BORED / SAD

Dear syar.... lama tak dgr citer kan.. busy dgn peristiwa hidup yang tiada ketentuan. Itu yang dinamakan kehidupan di dunia yang fana ini. Pelik kan... Kebesaran dan kebijaksaan Allah tak mampu jua minda ini berfikir. Dia cipta manusia mempunyai 3 benda yang saling bertaut antara satu dgn lain tetapi tetap mempunyai pandangan yang berbeza.. hati...otak...jiwa(naluri). Kadang kala kita jadi pening, bila hati kata lain, otak pikir lain, dan jiwa menyelami perkara lain.

Tahun 2010, mencatat kenangan yang tak mungkin dapat ku lupa bila kehilangan 2 insan yang paling aku sayang.. teramat sayang walaupun tak penah ku tunjukkan pada mereka. Rasa menyesal ada bila ku fikirkan kenapa aku tak tunjuk yang aku sayang pada mereka. FITRAH ALYAA... sejak dia lahir.. aku yang jaga, bila dia besar, aku belajar jauh dari kampung halaman so adik yang lain jaga dia, mama jaga, bibik pun jaga dia. Di antara cucu-cucu yang ada bagi Tok and Pak An , dia yang paling istimewa. Walaupun ada di antara sepupu yang ada kadang kala bt mcm geli atau takut dgn dia.. hatiku tetap terusik, rasa marah, rasa kecewa, nak tampar pun ada geram bila dia di pandang sebegitu. Tapi mama slalu cakap, biar la apa pun dia tetap ahli syurga, biar la depa nak bt apa pun kita terima, maafkan, minta dimaafkan dan lupakan. atau ayat biasa mama ckp "biarla, depa budak lagi".

Pada 1/11/2010, aku konvo kat UUM. Tak sempat ambik gambar pun sbb hujan lebat dan kami kalut nak balik sbb air dah naik.. Kedah banjir lagi.Masa tue Dikyah dah demam. tapi masih lagi dgr suara dia dan still lagi suka tgk tv..Slalunya sblm balik aku mesti ronda kat rumah sampai 2 3 kali then baru jalan balik KL. Tapi kali nie balik, rasa sgt sgt sgt malas nak balik KL. Sblm balik aku cium dia 2 kali.. tak sangka tue la kali terakhir aku dapat cium dia. Dalam 2 3 mggu bila call mama, mama ckp dia still demam. Aku dah mula risau tapi mama kata takpe, tak payah balik la tak serius. Then, 2 3 hari call mama... mama kata dikyah dah tak larat nak bangun, taknak makan, taknak minum. Hati risau sgt tapi mama kata jgn risau. Mungkin dia nak jaga sbb aku ada High Blood Pressure.. Stress perkara pertama mesti dielakkan serta ubat even panadol skali pun. Pesan Doktor means too bad already.

Malam 25hb Nov 2010, aku kerja lewat malam.. Masa balik mama call kata Dikyah masuk Wad. Aku dah plan nak balik, tapi mama kata takyah la. tak serius kot. Sebenarnya, aku dah beli pun tiket nak balik mlm Jumaat. Ayah pun dah beli tiket aku nak balik KL. Tapi kita hanya merancang, Penentunya Tetap Allah yang satu. Kat Office, mama call kata Dikyah baru lepas scan. Hati dia bengkak. nie serius.. aku dah mula rasa tak sabar nak balik.. Tak sampai sejam, Ina call kata Dikyah masuk ICU, dia kena sawan. Tgh ckp dgn ina tetiba maksu ambik handset ckp " Kakak balik, adik takdak harapan lagi". Ya Allah, kenapa manusia nie takde hati perut lgsg. Ko cakap elok2 takleh ker? nasib baik aku ok tenang.. takde sakit jantung. Aku abiskan keja, call BF aku then nak balik. Dalam lif, aku call ina tak jawab, aku call mama pun tak jawab, then aku call Ajoi, Ajoi ckp dlm nada yang agak sebak kata Dikyah dah pergi... kepadaMu Ya Allah. terasa sekejabnya Kau pinjamkan dia pada kami. Betapa Allah lebih sayangkan dia dari kami.